10 rakaman video dimainkan dalam prosiding Zayn Rayyan hari ini

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini, ditunjukkan 10 rakaman video antaranya yang memaparkan kelibat dipercayai Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dalam longkang, saksi berlari dan rakaman ibu kanak-kanak autistik itu di sebuah pasar raya.

Sepuluh rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dimainkan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi, pada perbicaraan hari ke-16 kes pengabaian dihadapi ibu bapa kanak-kanak itu, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan isteri, Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Saksi pendakwaan ke-26, Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Superintendan (ASP) Latifah Abdul Aziz, berkata pegawai penyiasat mengkhususkan kepada rakaman video bertajuk ‘CCTV nampak mangsa dalam longkang’ pada 5 Disember 2023 (hari kehilangan Zayn Rayyan) jam 12.13 tengahari iaitu baju putih dalam longkang dan rakaman video bertajuk ‘saksi berlari’ pada jam 12.08 tengahari memakai baju hitam ‘berlari’.

“Hasil analisis dan pemeriksaan mengenal pasti imej yang kemudian di tangkap layar (capture), dibesarkan dan dijalankan proses ‘enhancement’ (penambahbaikan) bagi tujuan menjelaskan kualiti imej.

“Saya berjaya ‘capture’ sembilan imej yang berkaitan, bagaimanapun saya dapati daripada imej ini wajah individu dipercayai mangsa tidak berjaya dikeluarkan, kurang jelas dan kabur, ini kerana terdapat pagar di antara kedudukan CCTV dengan subjek difokuskan,” katanya yang sudah berkhidmat dengan unit itu sejak 2011.

Menurutnya, seterusnya dia diminta pegawai penyiasat untuk memproses enam rakaman video daripada ‘folder’ CCTV ‘Econsave Ibu Mangsa’ pada jam 11.54 hingga 11.57 pagi, tarikh sama dengan mengkhususkan imej individu memakai tudung warna hitam, baju bunga hijau bawa beg ‘purple’ putih, dan kelibat ibu mangsa bawa barang dari pasar raya itu menuju ke motosikal.

“Selain itu, folder CCTV ‘penampakan’ bagi mengeluarkan imej individu berbaju putih berjalan dalam terowong, dan jalan balik dalam terowong dan juga individu berbaju hitam berlari.

“Bagaimanapun, hasil analisis yang saya jalankan menunjukkan imej-imej yang dikeluarkan adalah kurang jelas, terdapat beberapa objek lain seperti pagar dan pokok yang menghalang imej individu di dalam paparan video serta jarak daripada kamera CCTV dengan subjek yang difokuskan adalah jauh,” katanya.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas peguam bela, Haresh Mahadevan, yang mewakili pasangan suami isteri itu, berdasarkan rakaman CCTV di pasar raya, pakaian yang dipakai Ismanira adalah berwarna baju bunga hijau, bertudung hitam dan membawa beg berwarna ungu putih, Latifah menjawab betul.

Haresh: Ibu mangsa pada bila-bila masa dalam rakaman CCTV tidak memakai baju putih, betul atau tidak?

Latifah: Betul

Haresh: Adakah ASP tahu dalam keterangan di mahkamah, kanak-kanak memberi keterangan bersumpah mengatakan bahawa arwah Zayn hanya lari tiga langkah ke hadapan daripada dia?

Latifah: Saya tidak tahu

Haresh: Setuju saya cadangkan dalam semua rakaman membabitkan saksi berlari, tiada sebarang kelibat kanak-kanak berlari tiga langkah di hadapan?

Latifah: Betul

Haresh juga meminta CCTV di kaunter pasar raya itu dimainkan semula supaya Latifah dapat melihat ibu mangsa membayar menggunakan kad atau sebaliknya.

Haresh: Ibu mangsa berada di pasar raya semasa rakaman dimainkan, setuju saya cadangkan menggunakan kad untuk membuat pembelian?

Latifah: Betul

Haresh: Barang dimasukkan dalam beg adalah spageti, betul?

Latifah: Betul

Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan dan Ismanira, kedua-duanya berusia 30 tahun, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matin, berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartment sama antara jam 12 tengahari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung 21 April ini.

BH ONLINE


Facebook Posts

3 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

3 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook