1,089 pegawai, anggota polis bertugas sempena lawatan Presiden China – Ketua Polis KL

KUALA LUMPUR – Seramai 1,089 pegawai dan anggota polis dari pelbagai jabatan dan unit ditugaskan bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke negara ini, bermula esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata penugasan membabitkan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Katanya, ia membabitkan unit dalam PDRM termasuk Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

“Seperti kenyataan media yang telah disiarkan, ketibaan Presiden China akan menginap di sebuah hotel di Putrajaya.

“Antara penugasan utama sepanjang menginap di hotel berkenaan, jalan akan ditutup sepenuhnya, di lebuh raya kiri dan kanan dalam tempoh antara 30 hingga 40 minit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur, hari ini antara bekas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob dan penggantinya, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.

Ditanya risiko ancaman keselamatan, Rusdi berkata sebarang ancaman keselamatan tetap menjadi keutamaan polis memandangkan lawatan ini adalah lawatan ketua negara asing paling berprofil tinggi ke negara ini.

“Risiko boleh berada di mana-mana sahaja, namun pasukan kami bersiap siaga sepenuhnya bagi memastikan keselamatan dan kelancaran sepanjang lawatan ini.

“Lawatan ini juga mencatat sejarah penting dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan China,” katanya.

Semalam, Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan 17 laluan dikenal pasti akan mengalami penutupan sementara antara 30 hingga 45 minit, bergantung kepada pergerakan delegasi China.

BH ONLINE


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook