LHASA — Sejumlah 1,211 gegaran susulan dikesan setakat jam 3 petang Khamis selepas gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggegarkan daerah Dingri di Wilayah Autonomi Xizang barat daya China pada Selasa, kata pihak berkuasa tempatan.
Gempa susulan terbesar magnitud 4.4, dan berlaku kira-kira 18 kilometer dari pusat gempa bumi 6.8 magnitud, menurut biro gempa wilayah.
Biro itu juga menyatakan 33 daripada gempa susulan mempunyai magnitud lebih 3.
Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud itu melanda Dingri di bandar Xigaze pada 9:05 pagi Selasa, menyebabkan 126 orang maut dan 188 yang lain cedera. Seramai 407 individu yang terperangkap telah berjaya diselamatkan.
XINHUA