2 beranak hilang pikap dihanyut arus ketika seberang sungai

KUCHING – Dua beranak hilang selepas pikap dinaiki hanyut dibawa arus deras di Sungai Sengayan di kawasan Hulu Baram di pedalaman Miri, hari ini.

Kejadian berlaku ketika Dawellies Luing, 46, yang bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jekitan bersama anak perempuannya, Vallerie Mentie Dawellies berusia sembilan tahun cuba menyeberangi sungai menggunakan pikap.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan kejadian itu berdasarkan maklumat diterima daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi jam 12 tengah hari tadi.

Katanya, lokasi kejadian hanya boleh dilalui pacuan empat roda dan mengambil masa antara 10 hingga 12 jam melalui jalan balak serta laluan sungai.

“Empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi kini dalam perjalanan ke lokasi dan operasi mencari serta menyelamat akan diaktifkan sebaik anggota tiba,” katanya.

BH ONLINE


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook