ISLAMABAD – Tentera Pakistan berkata pada Selasa, tiga pengganas terbunuh dalam satu operasi di daerah Kech di wilayah Balochistan barat daya negara itu.
Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), sayap media Tentera Pakistan, berkata dalam satu kenyataan, pasukan keselamatan menjalankan operasi berasaskan risikan di kawasan Turbat di Kech pada Selasa.
Menurut tentera, senjata, peluru dan bahan letupan turut ditemui daripada pengganas terbunuh, yang terlibat dalam pelbagai aktiviti pengganas terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang dan orang awam.
ISPR berkata operasi pembersihan dilancarkan untuk menghapuskan mana-mana pengganas yang tinggal di kawasan itu, sambil menambah, pasukan keselamatan Pakistan tetap bertekad untuk menggagalkan percubaan untuk mensabotaj keamanan, kestabilan dan kemajuan di Balochistan.
XINHUA