NEW DELHI – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan lebih 30 lagi cedera selepas bas mereka terbalik di negeri Odisha di timur India pada Ahad, kata seorang pegawai kerajaan tempatan.
Kemalangan itu berlaku di daerah Koraput.
Membawa hampir 50 orang, bas itu bergerak ke arah kuil Gupteswar. Pemandu bas hilang kawalan ketika membelok tajam di kawasan berbukit Daparighati, mengakibatkan kemalangan.
Mereka yang cedera, sebahagian daripadanya kritikal, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Ketua Menteri Mohan Charan Majhi mengucapkan takziah dan mengumumkan pampasan kewangan kepada keluarga mangsa.
XINHUA