NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lima orang maut dan enam lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang di negeri barat laut India, Maharashtra, polis tempatan mengesahkan pada Sabtu.
Letupan berlaku di “MMP Aluminium Industries” di Perbadanan Pembangunan Perindustrian Maharashtra, daerah Nagpur, lewat Jumaat.
Letupan itu diikuti dengan kebakaran besar di dalam kilang. Tiga maut serta-merta, dua meninggal dunia akibat kecederaan lecur pada Sabtu, kata polis tempatan.
Mangsa yang cedera sedang menjalani rawatan perubatan di hospital tempatan. Semua pekerja kilang yang meninggal dunia adalah dalam lingkungan umur 20-25 tahun, dan merupakan penduduk daerah Nagpur.
XINHUA