YANGON – Sehingga Selasa, 52 orang diselamatkan, dan 103 mayat ditemui dari kondo Sky Villa yang runtuh di wilayah Mandalay tengah Myanmar, lapor Global New Light of Myanmar dikendalikan kerajaan pada Rabu.
Bangunan itu runtuh selepas gempa bumi kuat melanda pada 28 Mac, kata laporan itu.
Pasukan Penyelamat Myanmar, Jabatan Bomba Wilayah Mandalay dan kakitangan kerajaan Wilayah Mandalay telah menjalankan operasi menyelamat dan pembersihan sejak 28 Mac di tapak Sky Villa yang runtuh, tambahnya.
Gempa bumi itu telah menyebabkan kematian 3,759 orang dan mencederakan 5,107 yang lain, dengan 114 individu dilaporkan masih hilang di seluruh negara setakat Selasa, menurut Global New Light of Myanmar.
XINHUA