RIO DE JANEIRO – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di tenggara Brazil pada Sabtu, kata jabatan bomba.
Kemalangan itu berlaku awal pagi di perbandaran Teofilo Otoni di negeri Minas Gerais, Brazil.
Pemandu hilang kawalan bas selepas tayarnya pecah, dan bas itu berlanggar dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan, menurut pihak berkuasa.
Sejurus kemudian, sebuah kereta yang dalam perjalanan di belakang bas itu merempuhnya. Perlanggaran itu mencetuskan kebakaran yang menyambar bas itu, kata anggota bomba.
Jumlah mangsa yang cedera masih tidak diketahui.
XINHUA