DOHA — Pelancongan Qatar, badan kawal selia sektor pelancongan, mengumumkan pada Ahad negara itu menerima lebih lima juta pelawat pada 2024, menandakan peningkatan 25 peratus dalam ketibaan antarabangsa berbanding 2023.
“Melebihi lima juta pelawat adalah pencapaian penting bagi Qatar, membawa kami lebih dekat untuk merealisasikan visi kami untuk meletakkan negara sebagai salah satu destinasi utama yang paling pesat berkembang di dunia, mesra keluarga,” kata ketua Pelancongan Qatar Saad Bin Ali Al Kharji.
XINHUA