13 terbunuh dalam serangan Rusia ke atas Zaporizhzhia

KIEV — Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 63 yang lain cedera pada Rabu dalam serangan Rusia ke atas bandar Zaporizhzhia, selatan Ukraine, menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Negara Ukraine.

Dua bom berpandu melanda bandar itu kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (GMT 1400), merosakkan infrastruktur perindustrian dan bangunan kediaman, lapor gabenor wilayah Zaporizhzhia, Ivan Fedorov.

Empat daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan kritikal, tambah Fedorov.

Perkhidmatan Kecemasan Negeri berkata serangan itu merosakkan empat bangunan pentadbiran dan 27 kenderaan.

XINHUA