MOSCOW — Tentera Rusia menguasai semula 63.2 peratus wilayah di Kursk yang sebelum ini dirampas oleh Ukraine, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada Jumaat.
Unit-unit kumpulan tentera Utara mengambil semula empat penempatan di wilayah Kursk dalam tempoh dua minggu pada Januari, katanya.
Tentera Rusia meneruskan serangan mereka ke semua arah, kata kementerian, sambil menambah bahawa tentera Ukraine berundur dari wilayah yang diduduki walaupun diberi bantuan.
XINHUA