Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional: Tertuduh tak nampak mangsa dibelasah

TAWAU – Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai pada hari kejadian.

Saksi pembelaan ke-10 itu berkata dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu, dan tidak membelasah sesiapa yang melakukan perbuatan mencuri.

“Saya tidak melihat sesiapa yang membelasah mangsa dan saya sendiri pun tidak melakukan perkara itu,” katanya semasa pemeriksaan semula oleh peguamnya Kamarudin Mohmad Chinki pada perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Pada 28 Februari lalu Duncan memerintahkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun untuk membela diri atas pertuduhan bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lepas.

Menjawab soalan Kamarudin adakah tertuduh kelapan itu tahu mangsa dicederakan daripada 9 malam, 21 Mac hingga 7.35 pagi, 22 Mac tahun lepas, dia berkata mangsa tidak dicederakan dan dia melihat mangsa dalam keadaan normal, ketika tertuduh keluar dari bilik asrama 5 Belian.

Kamarudin : Apa maksud kamu normal?

Tertuduh kelapan: Dia masih mampu berdiri sendiri dan seperti biasa.

Semasa pemeriksaan semula, tertuduh kelapan tidak bersetuju dengan soalan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao bahawa saksi pendakwaan ke-17, 16 dan 12 melihat dia serta rakan-rakannya membelasah mangsa antara 9 malam pada 21 Mac hingga 7.35 pagi, 22 Mac tahun lepas.

Terdahulu dalam pernyataan saksi, tertuduh kelapan berkata dia hanya menolak mangsa sewaktu berkumpul beramai-ramai di bilik asrama 5 Belian.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes juga dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif dan Batrisyia Mohd Khusri.

Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin dan Chen Wen Jye manakala lima lagi diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidim, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang serta Kusni Ambotuwo.

BH ONLINE – BERNAMA

ad


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

BAWAL POLYVOILE THESELAMAH – ALLSTARs.shopee.com.my/3fpQ7NPkxw

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Baju Melayu Budak (Pearl Skin Soft premium Quality)s.shopee.com.my/4VOX6qjVkF

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

SAMPIN INSTANT DEWASA viral 2025s.shopee.com.my/9f6dGJ58Gu

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

MARIA KEBARUNG BAJU LABUH baju kurung sedondon ibu dan anak Moden Sulam Kurung Set Ibu &Anak Baju Raya 2025s.shopee.com.my/8Uufs7WEad

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

[ NO.1 ] Sampul Duit Raya 2025 (10 KEPING) | 51 Design EXCLUSIVE | READY STOCK | Fast Delivery !s.shopee.com.my/3q8qJU7cwK

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Jelita kabaya Ready stocks.shopee.com.my/4L56uMbnnf

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/3q8qJNJOLK

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

B.S.B LANGSIR PINTU TINGKAP / CURTAIN WINDOW / KAIN TINGKAP / DAPUR / PINTU / Semi Blackouts.shopee.com.my/705s5XtIGa

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Lampu Raya 8 Modes 30/50/100 Led Solar Fairy String Light Crystal Ball Bubble Lamp Party Decorations.shopee.com.my/7fLYsoudBS

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

ANYSON WEAR Jubah Lelaki Dewasa Muslim 2XL Plus Size Pelbagai Warna Solat Jumaat Hari Rayas.shopee.com.my/5ptuhXcqPa

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

🔥NEW B50🔥 BAWAL PREMIUM COTTON PRINTED BIDANG 50 [ COTTON PREMIUM ]s.shopee.com.my/3fpQ7e15Hs

See MoreSee Less

View on Facebook