Ugut sebar video bogel, pencuci kereta dipenjara 7 bulan

ALOR SETAR – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan kepada seorang lelaki pencuci kereta selepas mengaku bersalah memeras ugut seorang wanita untuk menyebarkan video bogelnya.

Tertuduh, Muhammad Haiqdil Abdul Rani, 30, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa sengaja menimbulkan ketakutan dalam diri mangsa berusia 30 tahun dengan mengugut untuk mengedarkan video bogel, menyebabkan mangsa memindahkan wang RM2,510 kepadanya kerana takut.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Kampung Titi Haji Idris, Tajar, Kota Setar, kira-kira jam 10.30 malam, pada 7 April lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun, denda, sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Jayasri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Jayasri meminta mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan dengan menekankan mangsa diperas ugut berulang kali menyebabkan kesejahteraan mentalnya terjejas.

Bagaimanapun, tertuduh merayu supaya hukumannya diringankan kerana hanya bekerja sebagai pencuci kereta dengan pendapatan RM30 sehari dan perlu menyara ibunya serta enam adik-beradik lain.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan mulai tarikh dia ditahan dan mengarahkan telefon bimbitnya dilupuskan.

Tertuduh dibawa ke Penjara Pokok Sena untuk menjalani hukuman itu.

BH ONLINE


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook