Mengadu penat, kebas tangan sebelum maut di atas menara telekomunikasi

TAMPIN – Pekerja penyelenggaraan menara pencawang telekomunikasi maut selepas tidak sedarkan diri di atas pencawang dekat Jalan Jelai- Pasir Besar, Gemas, di sini, jam 5.15 petang semalam.

Mangsa berjaya dibawa turun kira-kira empat jam kemudian, namun disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman, berkata anggota bertugas di Pejabat pertanyaan Balai Polis Gemas terima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian.

“Dakwanya seorang lelaki pekerja penyelenggaraan menara pencawang sebuah syarikat telekomunikasi tidak sedarkan diri di atas menara berkenaan.

“Berdasarkan maklumat itu, pihak polis dan bomba ke lokasi kejadian dan mendapati ada seorang lelaki berada pada paras ketinggian 60 meter di atas pencawang itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amiruddien berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berusaha menyelamatkan mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan dan mangsa berjaya dibawa turun pada jam 9.20 malam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Jelai.

“Hasil siasatan yang dijalankan ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menjalankan kerja penyelenggaraan pencawang bersama rakan sekerjanya. Mangsa dipercayai memanjat pencawang seorang diri manakala rakannya masih berada di bawah.

“Lelaki berusia 31 tahun ada memaklumkan kepada rakannya yang dia penat dan rasa kebas di tangan serta tidak larat untuk turun dari pencawang itu,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

BH ONLINE


Facebook Posts

2 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook