Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Abdullah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Perdana Menteri kelima atas pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi malam tadi.

“Saya dan isteri merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah dan seluruh keluarga besar Allahyarham.

“Kita berterima kasih atas semua jasa Allahyarham kepada negara. Semoga roh Allahyarham dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” titah Seri Paduka Baginda yang dikongsikan dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 7.10 malam.

Jenazah bekas Perdana Menteri itu akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara dan akan disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Negara dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, di sini hari ini.

Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir di Dewan Solat Utama, Masjid Negara hingga 1 tengah hari ini.

Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah yang merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008, menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

BH ONLINE – BERNAMA


Facebook Posts

2 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook