‘Mangsa ditetak guna parang di pusat beli-belah tumpuan ramai’

SEREMBAN – Seorang lelaki parah ditetak suspek menggunakan parang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam itu dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis dan tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki berparang dengan selamba menetak mangsa di kawasan tumpuan ramai.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata pihaknya percaya kejadian itu membabitkan unsur gangsterisme akibat dendam.

“Pihak polis menerima maklumat satu kejadian tetak menggunakan parang membabitkan mangsa seorang lelaki berusia 40 tahun yang berlaku kira-kira jam 8.15 malam dan kes ini tular di media sosial.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku dalam bangunan pusat beli-belah ketika mangsa sedang berehat seorang diri sambil merokok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Hatta berkata, kejadian itu berlaku apabila mangsa dikejutkan dengan kemunculan sekumpulan lelaki yang berlari dari eskalator aras bawah dengan seorang daripada mereka memegang parang.

“Mangsa yang tidak sempat mengelak dikatakan dilibas berkali-kali oleh suspek. Selepas berjaya bangun, mangsa yang cedera terus melarikan diri dan dipercayai diselamatkan rakan yang melihat kejadian itu.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan dia yang mengalami luka pada kedua-dua lengan, belakang dan kaki kanan dilaporkan stabil,” katanya.

Mohamad Hatta berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan manusia menggunakan senjata.

“Polis percaya kejadian ini ada elemen gangsterisme dan motif kejadian adalah dendam.

“Suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan serta menangkap suspek sedang dijalankan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Tharvin di talian 019-3666048 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

BH ONLINE


Facebook Posts

2 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook