Afrika Selatan kecam pengeboman hospital oleh Israel di Gaza

JOHANNESBURG – Afrika Selatan pada Rabu mengutuk pengeboman berterusan Israel terhadap sasaran awam, termasuk hospital di Gaza, menyifatkannya sebagai “pelanggaran nyata” undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Ini berlaku selepas serangan peluru berpandu oleh tentera Israel ke atas Hospital Arab Al-Ahli — dilaporkan hospital terakhir berfungsi di bandar Gaza — pada Ahad, menurut kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Perhubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan (DIRCO). Ia berkata serangan ke atas hospital itu memaksa berpuluh-puluh orang yang cedera dipindahkan dan menyebabkan Gaza kekurangan rawatan kecemasan.

“Afrika Selatan menyertai kecaman global terhadap pengeboman itu, yang merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata DIRCO. “Israel telah mengebom, membakar, dan memusnahkan sekurang-kurangnya 35 hospital di Gaza sejak permulaan perang pada Oktober 2023. Serangan ke atas kemudahan kesihatan, kakitangan perubatan, dan pesakit dianggap sebagai jenayah perang di bawah Konvensyen Geneva IV 1949.”

Menurut jabatan itu, pasukan tentera Israel turut membunuh 15 anggota kemanusiaan di Gaza, lapan pekerja kesihatan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, seorang kakitangan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin, dan enam anggota Pertahanan Awam Palestin yang dalam misi menyelamat pada 23 Mac.

“Serangan yang disengajakan ke atas medik dan pekerja kemanusiaan dilarang oleh undang-undang antarabangsa dan merupakan jenayah perang. Responder pertama (pihak tindakan pantas) seperti orang awam dan bukan pejuang lain tidak pernah menjadi sasaran yang sah,” tegas DIRCO.

“Kami juga bimbang Israel telah menghentikan kemasukan semua bantuan ke Gaza sejak 2 Mac. Ini bertentangan dengan perintah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengikat, yang mengarahkan Israel memastikan akses tanpa halangan bantuan kemanusiaan di Gaza,” kata jabatan itu. “Masyarakat antarabangsa mesti mempertanggungjawabkan Israel melalui langkah-langkah balas yang berkesan, kerana bebas hukuman yang dinikmati oleh Israel telah meningkatkan tindakan genosid di Palestin.”

Pada Disember 2023, Afrika Selatan mendekati ICJ untuk memohon larangan bagi mahkamah untuk memaksa Israel menghentikan serangan ke atas Palestin dan mengisytiharkan tindakan ini sebagai genosid. Pada Januari 2024, mahkamah PBB mengarahkan Israel untuk mengambil semua langkah yang mungkin untuk mencegah tindakan genosid dan memastikan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza.

XINHUA


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook