1. Kejam dalam kekuasaan.
Sifat kejam adalah suatu sifat buruk dan ia lebih buruk pada orang berkuasa, seperti penguasa, pemerintah, pentadbir dan seumpamanya.
2. Bakhil dalam kekayaan.
Sifat bakhil atau kedekut adalah sifat buruk dan ia lebih buruk pada orang mempunyai kekayaan harta benda.
3. Tamak pada ulama.
Tamak khususnya pada duniawi (harta benda, kuasa dan pengaruh, pangkat kedudukan atau lebih mudah kita kata perjawatan) adalah sifat buruk dan ia lebih buruk pada seorang alim (perkataan alim merujuk kepada seorang, manakala ulama merujuk kepada bilangan yang ramai).
4. Rakus pada orang miskin.
Rakus adalah sifat buruk dan ia lebih buruk pada orang miskin.
5. Tiada malu pada bangsawan.
Sifat tidak tahu malu adalah sifat buruk dan ia lebih buruk pada orang yang dihormati.
6. Berlagak muda padahal sudah tua.
Berlagak muda bagi orang tua adalah sifat buruk, kerana sepatutnya dia menyedari usia dan kudratnya.
7. Orang lelaki menyerupai wanita atau
Lelaki tidak sepatutnya menyerupai wanita dan ia adalah sifat buruk yang mesti dielakkan.
8. Wanita menyerupai lelaki.
Begitu juga dengan wanita tidak sepatutnya menyerupai lelaki kerana ia adalah sifat buruk, dicela di sisi agama dan masyarakat.
9. Orang zuhud yang mendekati ahli keduniaan.
Golongan zuhud suka kepada keduniaan seperti limpahan harta benda, hiburan dan sebagainya adalah suatu sifat buruk.
10. Kejahilan dalam ahli ibadat.
Jahil iaitu tidak tahu adalah sifat buruk dan ia lebih buruk pada ahli ibadat. Sebab jahil mungkin dia melakukan atau mengatakan sesuatu dalam kaitan ibadat mengikut selera sendiri, tanpa kembali kepada nas, sekali gus mewujudkan ruang bidaah (perkara baru diada-adakan).
Rujukan: Tanbihul Ghafilin