Tentera Israel berkata serang infrastruktur ketenteraan di Syria digunakan Hizbullah

BAITULMAQDIS – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu, ia melakukan serangan udara ke atas infrastruktur ketenteraan di Syria berhampiran lintasan sempadan dengan Lubnan.

Ia berkata Hizbullah menggunakan infrastruktur itu untuk menyeludup senjata dari Syria ke Lubnan, yang menimbulkan ancaman kepada Israel dan melanggar perjanjian gencatan senjata Israel-Lubnan yang dilaksanakan awal Rabu.

“Hizbullah, disokong oleh rejim Syria, menggunakan tapak infrastruktur awam untuk menjalankan aktiviti pengganas dan menyeludup senjata yang digunakan terhadap penduduk Israel,” kata kenyataan itu.

Terdahulu pada Sabtu, IDF berkata ia telah memintas dron dan satu lagi sasaran udara yang disyaki dilancarkan dari timur.

Secara berasingan, IDF berkata pada Sabtu tenteranya telah menemui dan merampas senjata, termasuk senapang, bom tangan, dan pelancar roket anti-kereta kebal pegang tangan, yang disembunyikan di sebuah masjid di selatan Lubnan.

XINHUA