Bekas ketua Hizbullah yang terbunuh Hassan Nasrallah akan dikebumikan pada Februari

BEIRUT – Pengebumian pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah, yang terbunuh tahun lalu dalam serangan Israel, akan diadakan pada 23 Februari, kata ketua kumpulan disokong Iran sekarang, Naim Qassem pada Ahad.

“Selepas keadaan keselamatan menghalang pengebumian” selama dua bulan perang habis-habisan antara kumpulan dan Israel yang berakhir pada 27 November, Hizbullah telah memutuskan untuk mengadakan “pada 23 Februari… pengebumian umum” untuk Nasrallah, Qassem berkata dalam ucapan di televisyen.

Nasrallah, yang dilahirkan pada 1960, akan dikebumikan hampir lima bulan selepas dia terbunuh dalam serangan udara Israel di pinggir selatan Beirut.

Nasrallah dibunuh pada 27 September dan telah dikebumikan secara diskret (berasingan atau bersendirian) dan sementara mengikut dekri agama, kerana pegawai Hizbullah menganggap keadaan keselamatan terlalu tidak selamat untuk pegawai dan pemimpin agama untuk tampil secara terbuka untuk menghormatinya.

Dia akan dikebumikan di pinggir Beirut “di sebidang tanah yang kami pilih antara jalan lapangan terbang lama dan baru,” kata Qassem.

Ketua Hizbullah juga mengesahkan buat pertama kali bahawa pegawai terkemuka Hashem Safieddine telah dipilih untuk menggantikan Nasrallah sebelum dia juga terbunuh dalam serbuan Israel pada Oktober.

Kumpulan itu akan mengadakan pengebumian Safieddine pada hari yang sama, 23 Februari, dan dia akan dikebumikan di kampung halamannya di Deir Qanun di selatan Lubnan.

Safieddine akan dikebumikan “sebagai Setiausaha Agung” atau pemimpin Hizbullah, kerana “kami telah… memilih Yang Mulia Sayyed Hashem sebagai Setiausaha Agung… tetapi dia syahid pada 3 Oktober, sehari atau dua hari sebelum pengumuman, ” Qassem berkata.

AN-AFP/REUTERS/2 Feb 2025