Category: EXTRA

  • Cara jimat berbelanja

    Cara jimat berbelanja

    1 Beli semasa ada diskaun atau harga runtuh.

    Ini sama ada di kedai biasa atau secara online. Anda boleh membuat tinjauan terlebih dahulu.

    Sesetengah produk berjenama yang pada kebiasaannya agak mahal dan anda berasa berat mengeluarkan duit untuknya, kadang-kadang ada diskaun pada harga yang anda tidak terduga, maka rebutlah peluang itu, sebelum ia kembali pada harga asal, atau kehabisan stok.

    2. Beli secara online

    Gedung online biasanya ada pelbagai tawaran dan anda boleh membandingkan harga antara satu penjual dengan penjual lain atau antara satu jenama dengan jenama lain dalam waktu yang singkat.

    3. Beli beberapa barang/item sekali gus.

    Di sesetengah kedai/gedung harga biasanya dikurangkan sedikit sebab anda membeli dalam kuantiti banyak. Ini biasanya pembelian satu keluarga atau satu kumpulan. Namun tidak salah bagi individu, contohnya membeli beberapa helai t-shirt sekali gus. Namun, hal ini bergantung kepada gedung atau penjual terbabit. Perlu ambil tahu atau bertanya kepada penjual terlebih dahulu, sama ada harga boleh dikurangkan lagi.

    4. Beli di luar musim.

    Contohnya, beli baju sekolah di luar musim pembukaan sekolah atau beli baju raya di luar musim perayaan. Sebab, selalunya harga meningkat pada waktu musimnya atau waktu puncak, disebabkan permintaan yang tinggi.

    5. Jangan berat mulut untuk minta dikurangkan harga.

    Ini biasanya di gedung yang boleh dibuat penawaran atau rundingan, terutama di pasar sama ada pasar besar di ibu kota atau dekat sempadan.

    Di pasar/gedung dekat sempadan sebagai contoh harga asal biasanya tinggi. Mengapa? Sebab ia sudah standby jika ada pembeli minta dikurangkan harga. Jika anda tidak minta kurang, maka rugilah anda, beli pada harga tinggi.

    6. Beli produk pada harga murah

    Maksudnya anda mengutamakan pada aspek harga rendah terlebih dahulu, terutama produk atau jenama yang belum pernah anda alami.

    Ini bagi mengelakkan anda dilamun rasa rugi atau tidak berbaloi, sekiranya kualiti produk terbabit tidak seperti yang anda jangka atau inginkan.

    Bayangkan, jika anda mengeluarkan wang dari poket anda untuk sebuah jam tangan pada harga RM400/RM500 atau lebih lagi, tetapi dapat menggunakannya untuk tempoh cuma setahun dan selepas itu jam tangan berkenaan mula meragam – tidakkah anda berasa rugi.

    Begitu juga apabila anda membeli sehelai baju pada harga RM300 atau lebih, tetapi beberapa bulan selepas itu, baju mula mengecil atau anda makin membesar, maka anda tidak lagi selesa dengan baju itu – justeru, pandai-pandailah anda berbelanja.

  • Cara elak daripada terkena sihir mata

    Cara elak daripada terkena sihir mata

    Apabila bercakap dengan individu terbabit, maka jangan terus tenung pada matanya. Atau jangan pandang pada matanya.

    Ini dapat mengelak anda terkena panahan matanya atau sihir mata secara langsung, sekali gus mengelakkan anda terpukau.

    Apabila terkena pukau, maka bahana jadinya, mengikut semua suruhannya. Disuruh beri duit, maka anda beri saja, tanpa dapat berfikir secara rasional. Kemudian, baru anda sedar selepas habis semua duit diberikan kepadanya, bahawa anda telah terkena pukau atau sihir. Ingat! Jangan sampai terkena.

  • Cara mengetahui tayar kereta sama ada baru atau lama

    Cara mengetahui tayar kereta sama ada baru atau lama

    Ini senang sahaja, iaitu dengan melihat pada bahagian sisi tayar, biasanya ada tertera kod angka, selain beberapa info seperti nama jenama, saiz dan lebar dan lain-lain. Angka itu simple saja dan itulah tarikh tayar itu dikeluarkan.

    Dengan mengetahuinya, maka anda tidak tertipu dengan pihak berkepentingan atau mereka banyak auta dengan mendakwa tayar itu baru.

    Ia sekali gus boleh menjadi panduan sama ada anda jadi atau tidak jadi beli tayar berkenaan.

    Tayar baru atau lama memainkan peranan dalam penggunaannya dan dari sudut ekonomik. Tayar baru tahan lama, manakala tayar yang tarikhnya sudah lama cepat haus, cepat reput, maka cepatlah anda mengeluarkan wang untuk menggantikan yang baru.

  • Cara menghilangkan rasa tertekan

    Cara menghilangkan rasa tertekan

    1. Bercakap

    Jangan terlalu pendiam, pendam rasa, bercakaplah, walaupun sesuatu itu pada kita suatu remeh, berat untuk diluahkan. Apabila dicakap, ia menghilangkan rasa tertekan di dalam diri. Soal diterima atau tidak pihak yang mendengar, itu bukan terletak pada kemampuan diri kita. Usah terlalu mengambil peduli dengan pihak yang cepat menghukum. Itu semua tidak lebih sebagai daki dalam seni kehidupan.

    2. Berkarya

    Ini seperti menulis/melukis di atas kertas, di atas pasir atau tanah atau di media baharu seperti blog, media sosial.

    3. Berhibur

      Ini seperti membaca/mengaji, menyanyi, berpantun dan sebagainya.

      4. Bersukan

        Seperti mengayuh basikal, joging atau sekadar berjalan kaki secara perlahan-lahan.

        5. Berjalan

          Berjalan di sini maksudnya berkelana, mengembara, travel, bersiar-siar, atau sekadar window shoping di pusat beli-belah. Atau berkenderaan ke sana ke mari – hilang stres.

          6. Jangan keterlaluan.

            Dalam banyak keadaan sifat keterlaluan membenih rasa tertekan. Contoh terlalu banyak main game – jadi tertekan, terlalu menghukum lama-lama anda sendiri dilanda rasa terhukum, terlalu banyak ketawa – sekali berduka

          1. Cara elak diri daripada dicap pembohong

            Cara elak diri daripada dicap pembohong

            1. Jangan suka berjanji, tapi tidak ditunaikan.

              Contoh – Seorang daripada pihak pemaju berjanji mahu membaik pulih kediaman yang rosak disebabkan gegaran berpunca pelaksanaan projeknya di lokasi berdekatan, tetapi selepas itu tidak dilaksanakan bahkan terus senyap dan hilang.

              2. Jangan mengiklankan sesuatu yang tidak serupa dengan yang sebenar.

                Contoh – Seorang mengiklankan produk kecantikan dengan menampilkan wajah cantik wanita, tetapi selepas produk itu digunakan, kesannya tidak seperti dalam iklan.

                3. Iklan, pernyataan, tidak seperti realiti dialami.

                  Contoh – Syarikat menjual domain menyatakan mengenai produk dijualnya iaitu domain untuk tempoh satu tahun pada harga tertentu. Tetapi selepas pelanggan membuat bayaran, domain tersebut masih tidak dapat digunakan, sebab perlu melayani kerenah birokrasi seperti mengisi borang, menandatangani surat (yang selalunya terma dinyatakan menguntungkan pihak penjual dan merugikan pelanggan), menyertakan salinan IC. Akibatnya beberapa hari, domain kekal tidak dapat digunkan. Jika proses itu mengambil masa tiga hari contohnya, maka tempoh yang setahun pada hakikatnya tidak menjadi setahun (365 hari ditolak 3, menjadi 362 hari). Sebab selepas ambil kira tempoh domain tersebut tidak aktif. Maka, 362 atau lebih sebagai contoh, tidak serupa dalam pernyataan diiklankan oleh syarikat domain terbabit. Justuru wujud ruang pembohongan.

                1. Cara tukar mentol lampu depan Nissan Livina

                  Cara tukar mentol lampu depan Nissan Livina

                  1. Buka & angkat bonet.

                  2. Tarik kabel (penyambung tenaga) pada lampu. (Ia mungkin sukar, tarik kuat)

                  3. Selepas kabel dicabut, tarik penutup getah (yang bulat warna hitam).

                  4. Hulur jari pegang pada klip mentol (biasa sebelah atas kanan). (Kena kuat sikit tekan pada klip sehingga ia longgar & terkeluar)

                  5. Tarik mentol keluar & ganti dengan mentol baru.

                  Kemudian pasang atau masukkan satu persatu (mentol, diikuti klip, getah penutup, kabel).

                  Siap. Mudah & jimat.

                  * Begitu juga dengan penukaran lampu kecil depan di sebelah mentol besar.

                  * Mentol boleh beli di kedai alat ganti yang murah. Biasa tak sampai RM20. Dan jika di Kajang, Selangor, kedai alat ganti di Sg Chua sebagai contoh, harga agak murah.