Empat maut disebabkan hujan, ribut petir di Delhi, India

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya empat orang maut dan seorang cedera apabila sebatang pokok besar tumbang di rumah mereka ketika hujan lebat dan ribut petir melanda ibu kota India dan kawasan berdekatannya pada Jumaat.

Pokok itu tumbang di rumah keluarga terbabit di barat daya kampung Kharkhadi Nahar. Rumah itu terletak di kawasan pertanian. Mangsa membabitkan seorang wanita berusia 28 tahun dan tiga anaknya. Suami wanita itu cedera dan dimasukkan ke hospital tempatan.

Ribut petir ditambah dengan hujan lebat menyebabkan genangan air dan gangguan lalu lintas akibat pokok tumbang di banyak bahagian Delhi dan kawasan lain yang terjejas.

XINHUA


Facebook Posts