
SANAA – Houthi Yaman disokong Iran berkata pada Rabu mereka melancarkan satu lagi serangan terhadap kapal perang Amerika di Laut Merah, kali keempat tembakan mereka ke atas kumpulan pengangkut itu dalam masa 72 jam.
Jurucakap tentera Houthi berkata, operasi itu melibatkan “beberapa peluru berpandu jelajah dan dron, menyasarkan kapal pengangkut pesawat ‘USS Harry Truman’ dan beberapa kapal perang musuh,” sambil menambah bahawa serangan itu adalah “yang keempat dalam tempoh 72 jam.”
AN-AFP