Ibu Zayn Rayyan gagal jawab beberapa soalan, tidak tahu minat anak sendiri – saksi

PETALING JAYA – Bekas pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin tidak dapat menjawab beberapa soalan yang ditanya, termasuk minat anak sulungnya itu pada hari kanak-kanak autistik itu dilaporkan hilang 5 Disember 2023.

Saksi pendakwaan kelima, Asisten Superintendan (ASP) Nor Zaharuddin Sanip, 42, berkata pertanyaan itu gagal dijawab ketika dia sendiri bertanya kepada Ismanira Abdul Manaf yang berada dalam kereta peronda polis (MPV) pada jam 10.30 malam di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Nor Zaharuddin memaklumkan demikian ketika pemeriksaan balas daripada Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz pada hari ke-13 prosiding perbicaraan pertuduhan pengabaian dihadapi Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira, 30, di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.

Aqharie: Berdasarkan soalan peguam ketika kamu sampai, Inspektor Nina (Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin) mula ambil keterangan pengadu iaitu Ismanira, kamu jawab tidak setuju, boleh terangkan?

Nor Zaharuddin: Semasa saya sampai, Inspektor Nina berada dalam kereta MPV (kenderaan peronda polis) sedang ambil rakaman percakapan dan kemudian saya ada tanya ibu Zayn Rayyan macam mana hilang, bagaimana kejadian berlaku dan apa Zayn Rayyan minat, dia tidak dapat jawab, jadi saya arahkan Inspektor Nina untuk teruskan rakaman percakapan dalam kereta.

Terdahulu, semasa pemeriksaan balas peguam Haresh Mahadevan, Nor Zaharuddin itu tidak bersetuju apabila pihak pembelaan mencadangkan ketika dia tiba di lokasi, pegawai penyiasat Inspektor Nina Syamimi baru saja mengambil rakaman percakapan pengadu.

Haresh: Boleh beritahu mahkamah, pukul berapa sampai Blok R pada 5 Disember?

Nor Zaharuddin: Saya sampai jam 10.30 malam

Haresh: Semasa sampai 10.30 malam, anda pergi ke kawasan mana dulu?

Nor Zaharuddin: Saya pergi ke MPV dan jumpa Inspektor Nina

Haresh: Semasa menghampiri MPV, Inspektor Nina baru ambil rakaman percakapan pengadu (Ismanira)?

Nor Zaharuddin: Tidak setuju

Haresh: Ada atau tidak Inspektor Nina ambil rakaman percakapan, di mana?

Nor Zaharuddin: Ada, dalam kereta MPV

Saksi itu berkata, pembabitan beliau hanya untuk pencarian orang hilang sahaja iaitu Zayn Rayyan dan tiada suspek dikenal pasti ketika itu.

Aqharie: Disoal peguam, setiap penghuni Blok R adalah suspek, ASP jawab betul, boleh terangkan apa siasatan ASP?

Nor Zaharuddin: Saya keliru sebab pembabitan saya adalah cari Orang Hilang, saya ditugaskan cari Zayn Rayyan saja, tiada suspek, cuma soalan peguam saya ingat dia tanya selepas diambil alih ASP Hafizee

Aqharie: Untuk siasatan ASP, adakah setiap penghuni adalah suspek?

Nor Zaharuddin: Tiada suspek, kami hanya lakukan pencarian saja

Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan Zayn Rayyan didakwa bersama-sama mengabaikan anak mereka dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai antara jam 12 tengahari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

4 days ago

Sayidina

BAWAL POLYVOILE THESELAMAH – ALLSTARs.shopee.com.my/3fpQ7NPkxw

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

Baju Melayu Budak (Pearl Skin Soft premium Quality)s.shopee.com.my/4VOX6qjVkF

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

SAMPIN INSTANT DEWASA viral 2025s.shopee.com.my/9f6dGJ58Gu

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

MARIA KEBARUNG BAJU LABUH baju kurung sedondon ibu dan anak Moden Sulam Kurung Set Ibu &Anak Baju Raya 2025s.shopee.com.my/8Uufs7WEad

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

[ NO.1 ] Sampul Duit Raya 2025 (10 KEPING) | 51 Design EXCLUSIVE | READY STOCK | Fast Delivery !s.shopee.com.my/3q8qJU7cwK

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

Jelita kabaya Ready stocks.shopee.com.my/4L56uMbnnf

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/3q8qJNJOLK

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

B.S.B LANGSIR PINTU TINGKAP / CURTAIN WINDOW / KAIN TINGKAP / DAPUR / PINTU / Semi Blackouts.shopee.com.my/705s5XtIGa

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

Lampu Raya 8 Modes 30/50/100 Led Solar Fairy String Light Crystal Ball Bubble Lamp Party Decorations.shopee.com.my/7fLYsoudBS

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

ANYSON WEAR Jubah Lelaki Dewasa Muslim 2XL Plus Size Pelbagai Warna Solat Jumaat Hari Rayas.shopee.com.my/5ptuhXcqPa

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

🔥NEW B50🔥 BAWAL PREMIUM COTTON PRINTED BIDANG 50 [ COTTON PREMIUM ]s.shopee.com.my/3fpQ7e15Hs

See MoreSee Less

View on Facebook