Kebakaran hutan di barat Jepun dipadamkan

TOKYO – Kebakaran hutan yang berlaku di Okayama City, barat Jepun, hampir tiga minggu lalu, dipadamkan, lapor media tempatan.

Jabatan bomba bandar itu membuat pengumuman pada Jumaat, selepas mendapati tiada api aktif atau titik panas sejak 5 April, lapor penyiar awam NHK.

Kebakaran hutan itu, yang telah membakar kira-kira 565 hektar, termasuk sebahagian kawasan berdekatan Tamano City dan memusnahkan sekurang-kurangnya enam rumah dan gudang, adalah antara yang terbesar pernah direkodkan di wilayah Okayama, kata laporan itu.

Pihak berkuasa bomba mengumumkan pada 28 Mac bahawa kebakaran telah dapat dikawal, manakala bandar itu terus mengerahkan helikopter dan anggota bomba di darat untuk memeriksa titik panas di kawasan terjejas.

Dipercayai kebakaran hutan, yang bermula pada 23 Mac, dimulakan oleh seorang pekerja yang membakar pokok ditebangnya, kata laporan itu. Polis sedang menyiasat puncanya.

Bandar Okayama merancang untuk menjalankan kajian lapangan untuk menilai kerosakan disebabkan kebakaran.

XINHUA


Facebook Posts