Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh akui pukul, tendang mangsa kerana kecewa

TAWAU – Tertuduh keenam dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini mengakui bahawa dia memukul dan menendang mangsa ketika di bilik asrama 5 Belian kerana kecewa dengan perbuatannya.

Saksi pembelaan kelapan itu berkata, kekecewaan terbabit berpunca daripada tindakan mangsa yang didakwa mencuri wang rakan lain, walaupun mereka bersahabat baik.

“Saya kecewa,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh peguam Vivian Thien dalam perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol.

Menerusi pernyataan saksinya, dia mengaku menumbuk bahagian belakang dan menendang paha Mohamad Nazmie Aizzat.

Pada 28 Februari lalu, mahkamah memerintahkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun membela diri atas pertuduhan bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di Kolej Vokasional Lahad Datu pada jam 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac tahun lalu.

Ketika disoal balas oleh peguam Datuk Ram Singh, remaja itu berkata selepas memukul Ijat, dia sempat meminta maaf kepada mangsa.

Ram : Kenapa kamu tidak tolong Ijat?

Tertuduh keenam : Saya betul-betul kecewa.

Menjawab soalan peguam Kamarudin Mohmad Chinki, saksi itu berkata selepas dipukul dan ditendang, Mohamad Nazmie Aizzat masih kuat serta mampu berjalan.

Tertuduh keenam juga bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao bahawa dia tidak melihat sendiri mangsa mencuri wang tertuduh ketiga dan keempat.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla, Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri.

Seramai lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Ram Singh, Kamarudin dan Chen Wen Jye manakala lima lagi diwakili peguam Mohamed Zairi, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang serta Kusni Ambotuwo.

BH ONLINE-BERNAMA

ad


Facebook Posts

4 days ago

Sayidina

BAWAL POLYVOILE THESELAMAH – ALLSTARs.shopee.com.my/3fpQ7NPkxw

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

Baju Melayu Budak (Pearl Skin Soft premium Quality)s.shopee.com.my/4VOX6qjVkF

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

SAMPIN INSTANT DEWASA viral 2025s.shopee.com.my/9f6dGJ58Gu

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

MARIA KEBARUNG BAJU LABUH baju kurung sedondon ibu dan anak Moden Sulam Kurung Set Ibu &Anak Baju Raya 2025s.shopee.com.my/8Uufs7WEad

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

[ NO.1 ] Sampul Duit Raya 2025 (10 KEPING) | 51 Design EXCLUSIVE | READY STOCK | Fast Delivery !s.shopee.com.my/3q8qJU7cwK

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

Jelita kabaya Ready stocks.shopee.com.my/4L56uMbnnf

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/3q8qJNJOLK

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

B.S.B LANGSIR PINTU TINGKAP / CURTAIN WINDOW / KAIN TINGKAP / DAPUR / PINTU / Semi Blackouts.shopee.com.my/705s5XtIGa

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

Lampu Raya 8 Modes 30/50/100 Led Solar Fairy String Light Crystal Ball Bubble Lamp Party Decorations.shopee.com.my/7fLYsoudBS

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

ANYSON WEAR Jubah Lelaki Dewasa Muslim 2XL Plus Size Pelbagai Warna Solat Jumaat Hari Rayas.shopee.com.my/5ptuhXcqPa

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

🔥NEW B50🔥 BAWAL PREMIUM COTTON PRINTED BIDANG 50 [ COTTON PREMIUM ]s.shopee.com.my/3fpQ7e15Hs

See MoreSee Less

View on Facebook