DAMSYIK – Lima belas orang, kebanyakannya wanita pekerja ladang, terbunuh pada Isnin akibat letupan kereta dekat bandar Manbij di utara Syria di mana tentera diketuai Kurdish memerangi kumpulan yang disokong Turkiye, lapor agensi berita negara SANA.
Memetik penyelamat White Helmet, SANA berkata telah berlaku “pembunuhan beramai-ramai” di jalan tempatan dengan “letupan bom kereta dekat kenderaan mengangkut pekerja pertanian,” membunuh 14 wanita dan seorang lelaki, dan menyebabkan “15 wanita cedera, sesetengah dalam keadaan kritikal.”
AN-AFP