COPENHAGEN – Menteri Luar Denmark pada Selasa berkata Donald Trump “tidak akan memiliki Greenland,” berikutan keinginan presiden AS itu untuk mengawal wilayah autonomi Denmark itu.
“Trump tidak akan memiliki Greenland. Greenland ialah Greenland. Dan orang Greenland adalah rakyat, juga dalam erti kata undang-undang antarabangsa,” Lars Lokke Rasmussen memberitahu pemberita, sambil menambah bahawa “ini juga sebab kami berulang kali mengatakan bahawa akhirnya Greenland yang menentukan situasi Greenland.”
AN-AFP