Myanmar dilanda 112 gegaran susulan susulan gempa bumi dahsyat

YANGON – Setakat Khamis, Myanmar mengalami 112 gegaran susulan dari magnitud 2.8 hingga 7.5, menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi negara.

Gempa itu susulan gempa bumi dahsyat berukuran 7.9 magnitud yang melanda negara ini pada 28 Mac.

Sehingga Selasa, angka kematian meningkat kepada 3,645, dengan 5,017 orang cedera dan 148 masih hilang, menurut kenyataan Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri.

XINHUA


Facebook Posts