Naib gabenor Rusia terbunuh dalam tindakan di Kursk

VLADIVOSTOK – Sergei Efremov, naib gabenor Wilayah Primorye Rusia dan bekas komander unit sukarelawan Tiger, terbunuh semasa pulang dari misi tempur, kata gabenor wilayah Oleg Kozhemyako pada Ahad.

“Ia adalah hari kesedihan yang besar bagi kami … Dia seorang yang luar biasa dengan hati yang baik, pemimpin dan penganjur yang kuat semangat,” kata Kozhemyako dalam mesej video di saluran Telegramnya.

Efremov telah mengetuai unit sukarelawan Tiger sejak penubuhannya pada 2022. Pada 2024, dia dilantik sebagai naib gabenor Primorye, menyelia dasar domestik serantau itu. Dia kembali ke barisan hadapan berikutan serangan Ukraine di wilayah Kursk.

Dia adalah pegawai tertinggi Rusia yang terbunuh dalam konflik Rusia-Ukraine.

XINHUA