Orang awam Iran maut dalam pencerobohan Israel

TEHRAN — Seorang awam Iran kehilangan nyawanya dalam pencerobohan udara terbaru Israel terhadap negara itu.

Allahverdi Rahimpour maut berikutan serangan udara Israel dekat ibu negara Tehran awal Sabtu.

Satu upacara peringatan telah diadakan untuk orang awam Iran yang maut itu di Tehran pada petang Ahad.

Kematiannya menjadikan lima orang terbunuh dalam pencerobohan Israel. Empat lagi maut adalah tentera Iran yang kehilangan nyawa ketika mempertahankan negara daripada pencerobohan Zionis.

Seorang daripada pasukan yang maut itu ialah Mehdi Naqavi yang tinggal di Tehran.

Pada petang Ahad, upacara peringatan diadakan di kampung halamannya Borujerd ketika jenazah syuhada tiba di bandar yang terletak di wilayah barat Lorestan.

Orang ramai serta pegawai-pegawai tempatan hadir dalam upacara penghormatan kepada syuhada.

Pegawai Iran telah berkata bahawa negara itu mempunyai hak sedia ada untuk bertindak balas terhadap pencerobohan Israel.

IRNA, 27 Okt 2024