Peniaga nasi kerabu maut digilis treler

MELAKA – Seorang remaja perempuan yang juga peniaga nasi kerabu maut apabila digilis sebuah treler ketika menunggang motosikal ke gerainya di Taman Tangga Batu Perdana, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa, Nurnie Alisya Mohamed Noor, 15, meninggal dunia di lokasi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari Tangga Batu ke gerainya di sebelah kanan Taman Tangga Batu Perdana.

Katanya, treler dipandu lelaki berusia 43 tahun itu pula sedang bergerak dari arah Tangga Batu menghala ke Ayer Keroh.

“Motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah kiri jalan cuba memotong treler yang bergerak dari Tangga batu ke Ayer Keroh.

“Akibatnya, berlaku perlanggaran antara motosikal dengan treler itu hingga menyebabkan penunggangnya maut digilis di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata, mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk mengesan saksi bebas dan kenderaan terbabit ditahan untuk pemeriksaan di PUSPAKOM,” katanya.

BH ONLINE


Facebook Posts

2 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

2 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook