Polis Thailand buru lelaki dipercayai warga Malaysia terbabit rompak kedai emas di Hat Yai

SONGKHLA – Polis Thailand sedang mengesan seorang warga emas dipercayai rakyat Malaysia yang merompak sebuah kedai emas di Hat Yai semalam.

Ketua Polis Bahagian Ke-9, Leftenan Jeneral Polis Piyawat Chalermsi, berkata lelaki berusia 61 tahun itu bertindak bersendirian dan menyamar sebagai pelanggan sebelum memasuki sebuah kedai emas di Plaza Hat Yai pada kira-kira 11.50 pagi.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek yang bersenjatakan pistol melarikan emas bernilai lebih kurang 9 juta baht (RM1.17 juta),” katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian hari ini.

Beliau berkata suspek yang mempunyai rekod lampau termasuk rompakan bersenjata melarikan diri dengan menggunakan motosikal.

“Polis telah menemukan motosikal yang dipercayai digunakan suspek tidak jauh dari lokasi kejadian, dan ia telah dihantar ke bahagian forensik untuk siasatan lanjut,” katanya.

Piyawat menegaskan pasukan keselamatan telah memperketat kawalan sempadan bagi menghalang suspek melarikan diri.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan polis Thailand bagi membantu siasatan kes itu.

“Setakat ini, pihak berkuasa Thailand sedang melakukan siasatan lanjut untuk memastikan identiti suspek sama ada benar merupakan warga Malaysia atau sebaliknya,” katanya.

BH ONLINE – BERNAMA


Facebook Posts

4 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook