Rumah runtuh awal pagi, 6 sekeluarga nyaris maut

LAWAS – Enam sekeluarga yang sedang nyenyak tidur nyaris maut apabila rumah mereka tiba-tiba runtuh dalam kejadian di Kampung Banting, di sini, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 3.10 pagi.

Susulan itu, katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas bergegas ke lokasi dan mendapati rumah jenis tidak kekal itu runtuh sepenuhnya.

“Lima daripada mangsa berkenaan membabitkan seorang lelaki dewasa, dua wanita serta dua kanak-kanak lelaki berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Bagaimanapun, seorang wanita warga emas terperangkap berikutan kakinya dihempap almari yang tumbang dalam insiden itu,” katanya.

Menurutnya, pasukan kemudian membantu mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit itu dengan menggunakan peralatan khas, dan memberikan rawatan awal sebelum wanita terbabit dihantar ke Hospital Lawas untuk rawatan lanjut.

Pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 3.59 pagi, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Difahamkan, kesemua mangsa kini tinggal sementara di kediaman sanak-saudara yang berdekatan.

BH ONLINE


Facebook Posts

4 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook