Saman terhadap warga Singapura didakwa guna dana 1MDB beli barangan mewah ditarik balik

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lima anak syarikat serta empat yang lain, hari ini menarik balik saman dikemukakan terhadap seorang wanita warga Singapura, Shabnam Naraindas Daswani (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri).

Shabnam selaku defendan kedua, disaman oleh syarikat pelaburan strategik negara itu pada 9 Mei tahun lalu, bersama-sama Datin Seri Rosmah Mansor berhubung ribuan barangan mewah bernilai AS$346 juta didakwa dibeli menggunakan dana syarikat itu yang diselewengkan.

Peguam Datuk N Sivananthan ketika dihubungi BH hari ini berkatam 1MDB dan plaintif lain menarik balik saman terhadap anak guamnya melalui prosiding yang dijalankan secara dalam talian hari ini.

Beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Wan Muhammad Amin Wan Yahya, merekodkan penghakiman persetujuan yang mana 1MDB dan plaintif lain menghentikan saman berkenaan terhadap Shabnam, dengan kebebasan memfailkan semula.

Katanya, mahkamah tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

Dengan perkembangan itu, Rosmah kini adalah defendan tunggal dalam kes saman berkenaan.

Semua plaintif ialah 1MDB dan lima anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited dan SRC International Sdn Bhd.

Plaintif lain adalah syarikat pesisir luar iaitu Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited.

Semua syarikat terbabit turut menuntut isteri bekas perdana menteri itu membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi.

Saman itu menamakan Rosmah sebagai defendan pertama manakala Shabnam sebagai defendan kedua.

Plaintif mendakwa barangan mewah berkenaan iaitu antara lain ribuan item jenama barang kemas, jam tangan dan beg tangan, dibeli oleh atau untuk Rosmah, bukan dengan wang sendiri tetapi dengan dana yang diselewengkan daripada anak syarikat 1MDB.

Menurut plaintif, dana itu disalurkan melalui pelbagai entiti luar pesisir termasuk Affinity Equity, Alsen Chance, Blackrock, Blackstone dan Brightstone sebelum dibayar kepada 48 vendor berbeza daripada 14 bidang kuasa bagi pembelian barangan mewah berkenaan iaitu sebanyak 320 bayaran berjumlah AS$346,010,489.

Blackrock dan Blackstone adalah syarikat dikaitkan dengan sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, iaitu Eric Tan.

Sehubungan itu, mereka menuntut perisytiharan bahawa 1MDB dan lima anak syarikatnya (plaintif pertama hingga keenam) mempunyai kepentingan proprietari berekuiti atau kepentingan benefisial terhadap barangan mewah berkenaan yang dapat dikesan dalam pemilikan Rosmah.

Plaintif juga memohon perisytiharan Rosmah memegang barangan mewah itu dan hasilnya yang dapat dikesan atas amanah konstruktif bagi 1MDB dan anak syarikatnya.

Selain itu, mereka menuntut perisytiharan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya itu berhak untuk mengesan barangan mewah terbabit dan perisytiharan bahawa Rosmah bertanggungjawab kepada mereka (plaintif) selaku pemegang amanah konstruktif barangan berkenaan.

Selain itu, semua plaintif turut menuntut ganti rugi pampasan berekuiti, ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan untuk ditaksirkan oleh mahkamah.

BH ONLINE


Facebook Posts

4 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

4 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook