Suami isteri maut, 2 anak cedera kereta bertembung treler

GUA MUSANG – Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Kilometer (KM) 3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Syamie Farhan Adnan, 25, dan isteri, Nurul Syafika Anis Zulkifli, 26, maut di tempat kejadian kerana tersepit dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.

Dua anak mereka Nur Irdina Delisha berusia 10 bulan dan Muhammad Izz Danial, 5, dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian membabitkan Perodua Myvi dan treler dipandu lelaki berusia 45 tahun.

Katanya, mangsa bersama isteri dan dua anaknya dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang mengambil selekoh ke kanan jalan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan treler.

“Pertembungan terbabit menyebabkan treler terbabas dan terbalik sehingga melintang jalan, manakala kereta mangsa terbabas ke bahu kiri jalan.

“Mangsa bersama isteri yang juga penumpang hadapan tersepit dalam kenderaan dinaiki mereka dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba, manakala pemandu treler tidak cedera,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua lagi penumpang dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Diminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan, dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat 013-3010408,” katanya.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

BAWAL POLYVOILE THESELAMAH – ALLSTARs.shopee.com.my/3fpQ7NPkxw

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Baju Melayu Budak (Pearl Skin Soft premium Quality)s.shopee.com.my/4VOX6qjVkF

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

SAMPIN INSTANT DEWASA viral 2025s.shopee.com.my/9f6dGJ58Gu

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

MARIA KEBARUNG BAJU LABUH baju kurung sedondon ibu dan anak Moden Sulam Kurung Set Ibu &Anak Baju Raya 2025s.shopee.com.my/8Uufs7WEad

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

[ NO.1 ] Sampul Duit Raya 2025 (10 KEPING) | 51 Design EXCLUSIVE | READY STOCK | Fast Delivery !s.shopee.com.my/3q8qJU7cwK

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Jelita kabaya Ready stocks.shopee.com.my/4L56uMbnnf

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/3q8qJNJOLK

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

B.S.B LANGSIR PINTU TINGKAP / CURTAIN WINDOW / KAIN TINGKAP / DAPUR / PINTU / Semi Blackouts.shopee.com.my/705s5XtIGa

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Lampu Raya 8 Modes 30/50/100 Led Solar Fairy String Light Crystal Ball Bubble Lamp Party Decorations.shopee.com.my/7fLYsoudBS

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

ANYSON WEAR Jubah Lelaki Dewasa Muslim 2XL Plus Size Pelbagai Warna Solat Jumaat Hari Rayas.shopee.com.my/5ptuhXcqPa

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

🔥NEW B50🔥 BAWAL PREMIUM COTTON PRINTED BIDANG 50 [ COTTON PREMIUM ]s.shopee.com.my/3fpQ7e15Hs

See MoreSee Less

View on Facebook