Terhidu gas beracun: 1 maut, 1 kritikal, 6 dalam pemantauan

BUTTERWORTH – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengarahkan penutupan keseluruhan kawasan di sebuah kilang di Perai, di sini, selepas insiden seorang pekerja maut dan seorang kritikal manakala enam lagi dalam pemantauan akibat terhidu gas beracun.

Pejabat Pengarah JKKP negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya segera menjalankan siasatan selepas dimaklumkan berhubung kejadian yang menimpa semua pekerja terbabit.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal mendapati insiden membabitkan pekerja syarikat kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja fumigasi kawalan makhluk perosak di kilang terbabit selama lapan hari bermula 21 hingga 28 Januari lalu dengan lapan pekerja ditugaskan.

“Namun seorang pekerja dilaporkan kembali semula ke lokasi fumigasi pada 29 Januari (Rabu) bersama seorang lagi rakannya untuk mengambil bacaan gas di sebuah bangunan di kilang terbabit.

“Mereka berdua kemudian dilaporkan mengalami muntah dan sesak nafas serta pengsan selepas meninggalkan premis itu dan segera dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

“Bagaimanapun, seorang mangsa disahkan meninggal dunia di hospital pada 30 Januari (Khamis), manakala seorang lagi mangsa dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU),” katanya.

Menurut kenyataan, doktor yang merawat kedua-dua mangsa mengalami sesak nafas dan sakit tekak selepas membuat rawatan bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa.

“Dalam insiden itu, enam lagi pekerja yang mengalami simptom awal pendedahan kepada gas beracun dibenarkan pulang ke rumah tetapi masih di bawah pemantauan.

“Susulan kejadian ini, arahan penutupan keseluruhan kawasan lokasi fumigasidi kilang itu serta notis larangan penggunaan bahan kimia berbahaya iaitu ‘ Methyl Bromide’ telah dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya.

Tegasnya, JKKP turut mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan serta membuat pembentangan kes kepada jabatan.

“Kita akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi semua saksi yang telah dikenal pasti.

“Lawatan susulan ke premis majikan akan dijalankan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil.

“Tindakan perundangan di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran, di mana di bawah Akta ini, hukuman maksimum terhadap majikan adalah sebanyak RM500,000 jika didapati sabit kesalahan,” katanya.

BH ONLINE

ad


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

BAWAL POLYVOILE THESELAMAH – ALLSTARs.shopee.com.my/3fpQ7NPkxw

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Baju Melayu Budak (Pearl Skin Soft premium Quality)s.shopee.com.my/4VOX6qjVkF

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

SAMPIN INSTANT DEWASA viral 2025s.shopee.com.my/9f6dGJ58Gu

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

MARIA KEBARUNG BAJU LABUH baju kurung sedondon ibu dan anak Moden Sulam Kurung Set Ibu &Anak Baju Raya 2025s.shopee.com.my/8Uufs7WEad

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

[ NO.1 ] Sampul Duit Raya 2025 (10 KEPING) | 51 Design EXCLUSIVE | READY STOCK | Fast Delivery !s.shopee.com.my/3q8qJU7cwK

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Jelita kabaya Ready stocks.shopee.com.my/4L56uMbnnf

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

👍Lampu Raya 5M Curtain Fairy light Lampu haisan Led light strip Room decor 5Meter Lampu Led Hari Rya 2025 Moon Star lamps.shopee.com.my/3q8qJNJOLK

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

B.S.B LANGSIR PINTU TINGKAP / CURTAIN WINDOW / KAIN TINGKAP / DAPUR / PINTU / Semi Blackouts.shopee.com.my/705s5XtIGa

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Lampu Raya 8 Modes 30/50/100 Led Solar Fairy String Light Crystal Ball Bubble Lamp Party Decorations.shopee.com.my/7fLYsoudBS

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

ANYSON WEAR Jubah Lelaki Dewasa Muslim 2XL Plus Size Pelbagai Warna Solat Jumaat Hari Rayas.shopee.com.my/5ptuhXcqPa

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

🔥NEW B50🔥 BAWAL PREMIUM COTTON PRINTED BIDANG 50 [ COTTON PREMIUM ]s.shopee.com.my/3fpQ7e15Hs

See MoreSee Less

View on Facebook