WASHINGTON – Presiden AS Donald Trump berkata pada Ahad yang dia akan berhenti memberikan bantuan kepada Afrika Selatan sehingga negara itu menyiasat “golongan tertentu” yang didakwanya dilayan “sangat teruk” tanpa memetik bukti.
“Afrika Selatan merampas tanah, dan melayan golongan tertentu dengan SANGAT TERUK,” kata Trump dalam catatan Truth Social.
“Amerika Syarikat tidak akan menyokongnya, kami akan bertindak. Selain itu, saya akan memotong semua pembiayaan masa depan ke Afrika Selatan sehingga siasatan penuh mengenai situasi ini selesai!,” katanya.
Tidak jelas apa yang membawa kepada catatan Trump (itu).
Pihak Afrika Selatan masih belum menjawab kenyataan Trump.
XINHUA