ABIDJAN, 28 Julai – Enam belas orang maut dan 51 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di utara Cote d’Ivoire pada pagi Ahad, menurut kementerian pengangkutan negara itu.
Sebuah bas awam terhempas dengan trak pembawa kren di lebuh raya Katiola-Niakara pada kira-kira 0600 GMT ketika dalam perjalanan dari San Pedro, barat daya Cote d’Ivoire, ke Ouagadougou ibu negara Burkina Faso, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
“Angka sementara 16 maut dan 51 individu cedera yang telah dipindahkan oleh perkhidmatan kecemasan ke Pusat Hospital Wilayah Katiola, terletak kira-kira 398 kilometer dari Abidjan,” katanya.
XINHUA