1MDB: Mohd Bakke tidak puas hati dana AS$700 juta dipindah keluar

PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bekas Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak berpuas hati apabila dana syarikat pelaburan strategik negara berjumlah AS$700 juta dipindah keluar.

Bekas Pegawai Penyiasat kes skandal kewangan 1MDB, R Rajagopal dalam keterangannya hari ini, berkata perkara itu dinyatakan Mohd Bakke ketika kenyataannya direkodkan oleh saksi pembelaan ke-11 itu.

Menurut Rajagopal, Mohd Bakke memberitahunya, beliau dan Lembaga Pengarah tidak berpuas hati dengan sifat perjanjian usaha sama AS$1 bilion yang ditandatangani antara 1MDB dan Petrosaudi International Limited (PSI) pada September 2009, di mana dana AS$700 juta dipindah keluar bagi usaha sama itu.

Rajagopal yang juga bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berkata demikian ketika menjawab soalan peguam bela Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sesi pemeriksaan utama.

Saksi itu berkata, Lembaga Pengarah tidak berpuas hati bagaimana perjanjian itu yang sepatutnya dimeterai antara 1MDB dan PSI, bagaimanapun perjanjian ditandatangani dengan entiti yang berpangkalan di Pulau Cayman yang dikaitkan dengan PSI.

Menjelaskan lanjut, Rajagopal berkata pemahaman Mohd Bakke dan ahli Lembaga pengarah lain ketika direkodkan kenyataan ialah, perjanjian itu adalah di antara 1MDB dan PSI.

“Oleh itu, apabila saya merekodkan kenyataan Mohd Bakke, beliau tidak berpuas hati dengan perjanjian itu dan mempersoalkan ke mana perginya dana berjumlah AS$700 juta.

“Dana AS$700 juta itu kemudian berakhir ke dalam entiti luar pesisir iaitu Good Star Ltd yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low), ” katanya.

Dalam perbicaraan sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IMDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, memberitahu mahkamah, Mohd Bakke tidak berpuas hati dengan pembayaran sebanyak AS$700 juta ke dalam akaun Good Star.

Shahrol Azral Ibrahim berkata, beliau melaporkan status terkini usaha sama IMDB-PetroSaudi (JVCo) dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang dipengerusikan Mohd Bakke dan dihadiri semua ahli Lembaga Pengarah selepas kesemua proses usaha sama berjaya.

Katanya, beliau melaporkan status terkini usaha sama itu di mana IMDB membayar AS$1 bilion dalam dua transaksi berbeza, masing-masing AS$700juta ke dalam akaun Good Star iaitu sekutu kepada PSI dan AS$300 juta ke akaun JVco.

Perjanjian usaha sama berkenaan meninggalkan hutang berjumlah AS$700 juta. berpunca daripada pindahan dana yang dibuat 1MDB kepada Good Star Ltd.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di Istana Kehakiman bersambung esok.

BH ONLINE


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook