2 maut dalam kebakaran kapal di Filipina

MANILA – Dua lelaki maut selepas terperangkap di dalam bilik penyimpanan sebuah kapal yang terbakar ketika berada di limbungan kapal di ibu negara Filipina, kata Biro Perlindungan Kebakaran Filipina pada Selasa.

Anggota bomba Ronaldo Sanchez berkata, kebakaran itu berlaku sekitar jam 9 malam waktu tempatan pada Isnin, membunuh dua pengimpal, kedua-duanya lelaki, antara 25 pekerja yang membaiki kapal di limbungan di Navotas City.

Menurut Sanchez, mayat mangsa ditemui di dalam bilik penyimpanan dekat tangki balast kapal itu.

XINHUA