3 kerani sekolah dikejarkan ke hospital dipercayai terhidu gas ammonia

KOTA KINABALU — Tiga kerani di Sekolah Kebangsaan (SK) Likas, di sini, dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas dan muntah dipercayai akibat terhidu gas ammonia, hari ini.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin, mengesahkan insiden kira-kira jam 1.30 tengah hari itu yang menyebabkan dua daripada kerani berkenaan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), manakala seorang lagi di HQE 2.

Beliau memaklumkan kejadian itu hanya membabitkan tiga kakitangan wanita berkenaan, dan tiada murid atau guru di sekolah sama dilaporkan mengalami gejala sama.

“Satu insiden kebocoran gas disyaki ammonia, dilaporkan berlaku di Pejabat Am SK Likas kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

“Bagaimanapun, tiada murid dilaporkan terjejas, kecuali tiga kerani sekolah yang berada di Pejabat Am ketika itu.

“Ketiga-tiga mereka dikejarkan segera ke hospital selepas mengalami gejala mual, sesak nafas serta muntah. Keadaan mereka kini dilaporkan stabil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Susulan itu, Raisin berkata, pihak sekolah segera mendapatkan bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah bagi memantau situasi di SK Likas.

Namun, beliau berkata, hasil pemantauan dan penilaian HAZMAT mendapati bacaan udara di lokasi kejadian adalah normal.

“Penilaian HAZMAT juga mendapati tiada sisa radioaktif dan kebocoran bahan kimia.

“Bagaimanapun, HAZMAT mengarahkan supaya bilik (Pejabat Am) dibiarkan terbuka semalaman.

“Secara keseluruhan, hasil pemeriksaan HAZMAT mengesahkan keadaan udara di persekitaran SK Likas berada dalam keadaan selamat dan terkawal,” katanya.

Raisin berkata, insiden itu tidak menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkenaan.

Begitupun, beliau berkata, pihak sekolah telah diarah memastikan tahap keselamatan murid dan warganya sentiasa terjaga.

Terdahulu, tular dakwaan dalam media sosial bahawa berlaku kebocoran gas ammonia yang membabitkan ramai mangsa.

Namun, dakwaan itu disangkal Jabatan Pendidikan Sabah melalui laporan awal kejadian yang dikongsikan Raisin.

BH ONLINE

Cotton Chanella 5.0

Sokong Sayidina dengan pembelian menerusi pautan diberikan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)
COMOTO Oxford Cloth Raincoat Motorcycle Rainsuit Rain Coat Jacket Suit Baju Hujan (Coat + Pants) FREE ECO BAG POUCH BAG
Camping Chair Foldable Chair Kerusi Camping Fishing Chair Hiking Chair Outdoor Chair Healing Chair Fold Chair
Adult men’s casual filper flip flops
PVC Camouflage Bag Outdoor Pack Bag Waterproof Rafting Diving 2L/5L/10L/20L Travel Waterproof Dry Bag Swim Storage Bag
SKM Men’s Casual Chest Bags Crossbody Bag Beg Lelaki SK581
ListonX Vacuum Insulated Tumbler With Handle Hot And Cold Thermo Flask 304 Stainless Steel | Water Bottle | Gift Box
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架
Mini Stove Gas Burner Portable For Outdoor Camping Picnic Gas Stove Case Camping Portable Cooker Butane Dapur Masak
3000mAh 150/120 Speed Handheld Fan Portable Bladeless Mini Fan Rechargeable Levels Strong Wind Perfect Summer Cooler
🔥🔥【9112】Foldable Clothes Hanger Clothes Drying Rack Penyidai Baju ampaian baju stainless steel 曬衣架
TUALA MANDI KUALITI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐ HOTEL SIZE BESAR 100% SERAP AIR
Kopi Radix Kunyit Hitam TANPA GULA + FREEGIFT‼️
HPA Kopi Radix Kunyit Hitam – SUGAR 20sachets
Kopi Radix Kunyit Hitam HPA + FREEGIFT‼️
Kopi Kunyit Hitam Original Ubat Buah Pinggang, Ubat Darah Tinggi, Ubat Kencing Manis, Yusmira, Radix, Mardi
💯ORIGINAL HQ™-KOPI KUNYIT HITAM TANPA GULA plus STEVIA.
Baseball Casual Outdoor Sports Snap back Topi Men Cap
【✈Ready Stock & COD✈】Outdoor Use High Light Flashlights LED Flashlight XHP50 Super Bright 3000 Lumens Handheld Tactical Torch USB Rechargeable /5 Modes Zoomable Electric