3 perkara asas perlu diambil tahu sebelum memandu

1. PETROL

Petrol atau bahan api, ada atau tiada – jika tiada bagaimana anda ingin memandu. Kereta anda tidak akan sampai ke destinasi tanpa petrol mencukupi, malahan jika tiada langsung, enjinnya tidak dapat dihidupkan. Hal ini kedengaran remeh, tapi jika anda meminjam kereta orang lain, lebih-lebih lagi orang yang cukup berkira apatah lagi ketika bahan api melambung harganya, ianya harus diperhatikan, kerana orang tidak mengisi tangki penuh petrol hanya semata-mata untuk dihabiskan oleh orang lain.

2. AIR

Kereta juga ‘minum’ air. Jika kekeringan air, boleh menyebabkan bahagian enjin cepat panas, bahkan berlaku situasi terlebih panas, yang menyebabkan berasap dan pemanduan tergendala. Kedengaran ‘simple’ tapi penting. Justeru, ianya harus selalu diperiksa atau diberikan perhatian sebelum memulakan pemanduan, terutama bagi perjalanan jauh, bagi mengelakkan masalah di pertengahan jalan.

3. TAYAR

Hal berkaitan tayar juga harus selalu diperhatikan, sama ada ianya mempunyai tekanan mencukupi, kempis, terlalu kempis, bocor, permukaan tayar yang sudah botak dan sebagainya. Ini penting, supaya anda dapat tiba ke destinasi seperti dirancang. Jika satu tayar bocor, bagaimana anda ingin memandu dengan selesa – sudah tentu akan menyebabkan stereng berat sebelah, jika satu tayar bocor di bahagian depan. Begitu juga jika tayar sudah haus, ia memerlukan waspada yang tinggi apabila memandu dalam keadaan jalan basah seperti ketika hujan atau selepas hujan, terutama hujan renyai-renyai (sebab air yang sedikit bercampur dengan kesan berminyak pada permukaan jalan bertar) boleh menggelongsor apabila membrek…hati-hati.


Facebook Posts