3 termasuk 2 warga Singapura cedera kemalangan di Jalan Simpang Pulai hala CH

IPOH – Tiga cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang terbabas di bahu jalan berdekatan Dewan Malaysian Relief Agency (MRA) Pos Slim, Jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.30 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa penumpang sebanyak 23 warga Singapura telah terbabas ke bahu jalan.

“Terdapat seorang lelaki iaitu pemandu bas mengalami kecederaan patah kaki telah dibawa keluar dari bas oleh orang awam dan dua penumpang mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata semua mangsa telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 6.41 pagi.

BH ONLINE – BERNAMA


Facebook Posts

5 days ago

Sayidina

seluar dalam bergaya lelaki 5 helai Set, seluar boxer bernafas, lembut, selesa, cepat kering, murahs.shopee.com.my/8AIlBStfp2

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

Coconut Hair Oil – Minyak Rambut Kelapa – Pelebat Rambut & Kelemumur – Lebatkan Rambuts.shopee.com.my/5Af9c0qU8w

See MoreSee Less

View on Facebook

5 days ago

Sayidina

CAREGA Car Wash Shampoo Ultimate Nano Car Wash Foam Nano Snow Wash Shampoo For Car Wash Wax Sabun Kereta Cuci 2 in 1s.shopee.com.my/4L62cVAzVy

See MoreSee Less

View on Facebook