ACCRA, 16 Julai – Empat orang terbunuh, dan 20 yang lain masih terperangkap dalam lubang lombong runtuh pada Rabu di Wilayah Timur Ghana, lapor media tempatan.
Sumber berkata, empat lelaki dilaporkan mati di bawah tanah apabila lubang perlombongan runtuh di Akyem Wenchi, sebuah komuniti di daerah Denkyembour, manakala 20 lagi yang dikatakan masih hidup terperangkap di bawah tanah.
Punca runtuhan masih tidak jelas. Usaha menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan penduduk tempatan.
XINHUA