54 cedera selepas bas terbalik di tengah Iran

TEHRAN – Lima puluh empat orang cedera awal Ahad selepas sebuah bas terbalik di jalan antara bandar di wilayah tengah Iran, Semnan, lapor agensi berita rasmi IRNA.

Kemalangan itu berlaku di jalan raya dari daerah Sorkheh ke ibu kota wilayah Semnan pada 4:45 pagi waktu tempatan (0115 GMT), Karen Yahyaei, jurucakap Universiti Sains Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Semnan, dipetik sebagai berkata.

Katanya, 10 ambulans dan sebuah bas ambulans membawa mangsa cedera ke hospital di Semnan.

Mengulas punca kejadian, Ketua Polis Trafik Semnan, Mousa Bozorgi berkata, bas itu telah terbabas dari jalan raya akibat pemandu mengantuk, menurut agensi berita separuh rasmi Mehr.

XINHUA