TAIYUAN, 27 Julai – Enam maut dan lapan lagi cedera selepas traktor separuh treler bertembung dengan bas mini pada Sabtu di wilayah Shanxi, utara China, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 1.55 petang Sabtu di sebuah persimpangan di bandar Hejin. Polis trafik bergegas ke tempat kejadian dan siasatan berkaitan dijalankan.
XINHUA