MADRID — Jumlah orang yang maut dalam banjir kilat memusnahkan bahagian timur Sepanyol baru-baru ini berjumlah 217 orang, dengan 89 lagi masih hilang, menurut data diterbitkan Rabu oleh Pusat Data Bersepadu (CID) bagi kejadian itu.
Kira-kira 211 mangsa berada di wilayah Valencia, lima di Castilla-La Mancha dan seorang di Andalusia.
Kerajaan Sepanyol berkata 7,987 tentera kini bekerja di kawasan terjejas, dengan 1,639 kenderaan, termasuk 12 helikopter dan 18 bot.
Pasukan itu juga disokong sekitar 5,000 Polis Nasional dan Pengawal Awam, bersama-sama perkhidmatan menyelamat lain termasuk pasukan bomba dari bahagian lain di negara ini.
Selain daripada pakej bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan Sepanyol, Bank Pelaburan Eropah dan kerajaan Sepanyol juga sedang mengusahakan pakej bantuan selanjutnya.
XINHUA