9 maut, 40 rumah tertimbus tanah runtuh di timur Uganda, kata pegawai

KAMPALA – Sembilan mayat ditemui, dan lebih banyak kematian dikhuatiri susulan tanah runtuh di daerah Bulambuli di timur Uganda, kata seorang pegawai pada Khamis.

Ramazan Twalla, penolong ketua pegawai tadbir untuk Bulambuli, memberitahu Xinhua melalui telefon, tanah runtuh melanda tiga sub-daerah pada malam Rabu, menimbus sekitar 40 rumah.

“Saya boleh mengesahkan sembilan mayat setakat ini telah ditemui pagi ini. Penduduk masih menggali tanah dan kami menjangkakan untuk mendapatkan lebih banyak mayat kerana banyak rumah tertimbus,” kata Twalla.

“Kami mengharapkan kerajaan menghantar pasukan mencari dan menyelamat rasmi serta bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan dan tempat perlindungan sementara,” tambahnya.

Tanah runtuh itu dicetuskan oleh hujan lebat berhari-hari di kawasan pergunungan, kata Twalla.

XINHUA